Monday 3 October 2016

PERANAN MASYARAKAT



Pihak swasta



           Pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani                 kehidupan yang lebih baik.  Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak  menganggap OKU sebagai beban. Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli- belah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas  dan tempat letak kenderaan amat dihargai. 


Pihak media


           Pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi  OKU. Setiap maklumat  mestilah  disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa  kepada orang ramai. Kempen   Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan  melalui saluran media massa.


                                        

No comments:

Post a Comment