Sunday 2 October 2016

PENGENALAN

                                                 



                                               PENDAHULUAN

  


Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “Orang Kurang Upaya (OKU)termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal,mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagaihalangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan merekadalam masyarakat”.

                                                  


                                                 PENDAFTARAN OKU

Agensi yang terlibat dalam pendaftaran OKU adalah Jabatan KebajikanMasyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKUadalah atas dasar sukarela dan hanya untuk warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. 




OBJEKTIF  PENDAFTARAN OKU


  • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi  maksud merancang program  berkaitan dengan pencegahan,   pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian  dengan  keperluan OKU.
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang  bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

No comments:

Post a Comment