Tuesday 4 October 2016

UCAPAN AKHIR

   






                       

                       TERIMA KASIH 


                  DISEDIAKAN OLEH:

       1) JUHI DEVII SIVANN A/P                                    SUPRAMANIAM
           16DKA15F2046

       2)THAYAALIINEE A/P DEYIDAS
           16DKA15F2994

RUJUKAN




                            RUJUKAN


pmr.penerangan.gov.my/.../8556-faedah-untuk-oku-berdaftar-den..


https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/login_new.php


www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id...


www.utusan.com.my/utusan/Rencana/.../re_06/


orangkelainanupaya.weebly.com/kategori-oku.html

Monday 3 October 2016

KESIMPULAN






  •        Demikianlah, Kerajaan ini tanpa jemu-jemu dan putus-putus ingin membuat kebaikan dan kebajikan kepada sekelian rakyat. Sejak dulu, kesemuanya tidak terbina dengan mudah atau dalam sekelip mata. Ianya menuntut kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa. Satu kaedah dalam pembanguna komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga masyarakat sendiri dimana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.



TOKOH-TOKOH OKU







Patrick Henry Hughes



Patrick Henry Hughes

Pemuzik yang boleh memainkan pelbagai alat muzik ini dilahirkan buta dan lumpuh sebahagian badan pada 10 Mac 1988.

Seorang pesakit anophthalmia yang sentiasa disokong oleh bapanya yang memperkenalkan Patrick Henry Hughes kepada piano pada usia seawal 9 bulan.

Pada 2006, Hughes menjadi tumpuan media apabila dia memainkan trompet dalamLouisville Marching Band semasa dia menjadi pelajar di Universiti of Louisville dimana bapanya telah membantu menolaknya diatas kerusi roda.

                                                      Apabila bakat luarbiasanya didedahkan, beliau sering dijemput                                                               untuk membuat persembahan diseluruh negara.








TOKOH-TOKOH OKU




Sudha Chandran



Sudha Chandran

Seorang wanita yang penuh azam, seorang penari Bharatanatyam yang sangat dipuja di benua kecil India, dan pemegang ijazah sarjana dalam Ekonomi.

Pada 1981, kaki kanan Sudha Chandran dipotong selepas mengalami Gangren. Tapi itu tidak membuatkan azamnya pudar.

Dia mendapatkan kaki palsu dan selepas 2 tahun, dia kembali kedalam kerjayanya dan mendapat tepukan gemuruh di seluruh dunia.

Selain kemahiran tariannya itu, dia juga dikenali kerana persembahan                                                    mengagumkan dalam filem-filem dan siri televisyen india.





Nick Vujicic



Nick Vujicic

Nick mengalami penyakit yang jarang ditemui, sindrom Tetra-amelia, yang dicirikan sebagai ketiadaan kesemua empat anggota.

Nick Vujicic dilahirkan di dalam keluarga Serbia pada 4 Disembar 1982 di Australia. Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau berusaha mengatasi mentaliti teruk masyarakat dan pada usia 17 tahun, Nick Vujicic menubuhkan sebuah NGO “Life Without Limbs”.

Selepas menamatkan pengajian dalam Perancangan Perakaunan dan Kewangan, Nick Vujicic memulakan perjalanannya sebagai penceramah motivasi subjek berkisar dengan makna kehidupan, harapan dan kurang upaya.

PERANAN MASYARAKAT





Peranan individu



           Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan OKU semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang bantuan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa ‘berat  mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini.






PERANAN MASYARAKAT



Pihak swasta



           Pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani                 kehidupan yang lebih baik.  Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak  menganggap OKU sebagai beban. Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli- belah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas  dan tempat letak kenderaan amat dihargai. 


Pihak media


           Pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi  OKU. Setiap maklumat  mestilah  disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa  kepada orang ramai. Kempen   Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan  melalui saluran media massa.


                                        

PERANAN MASYARAKAT



Peranan masyarakat terhadap OKU

Ibu bapa

Ibubapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan mahu  dihargai, disayangi  dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh, anak-anak diajar  supaya  tidak memandang sebelah mata terhadap OKU

             
                 



Pihak kerajaan

           Pihak kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan   kemahiran kepada  golongan OKU. Hal ini demikian kerana pendidikan dan kemahiran  sangat penting demi masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas amat wajar diberiakan pujian.

                            


             

KEMUDAHAN OKU

Image result for KEMUDAHAN PENDIDIKAN UNTUK OKU      Image result for KEMUDAHAN PENDIDIKAN UNTUK OKU





Image result for KEMUDAHAN PENDIDIKAN UNTUK OKU          Image result for KEMUDAHAN PENDIDIKAN UNTUK OKU




Image result for KEMUDAHAN PENDIDIKAN UNTUK OKU

KEMUDAHAN OKU




  • Kemudahan Pengangkutan Awam


       Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi          tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa            buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada                 golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi                    tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah           Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua    kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 25% daripada harga tambang    dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang             upaya.


                


 

KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN OKU



  • Kemudahan Pendidikan

    Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.

Image result for KEMUDAHAN PENDIDIKAN UNTUK OKU     Image result for KEMUDAHAN PENDIDIKAN UNTUK OKU


Image result for KEMUDAHAN PENDIDIKAN UNTUK OKU       Image result for KEMUDAHAN PENDIDIKAN UNTUK OKU