Tuesday 4 October 2016

UCAPAN AKHIR

   






                       

                       TERIMA KASIH 


                  DISEDIAKAN OLEH:

       1) JUHI DEVII SIVANN A/P                                    SUPRAMANIAM
           16DKA15F2046

       2)THAYAALIINEE A/P DEYIDAS
           16DKA15F2994

RUJUKAN




                            RUJUKAN


pmr.penerangan.gov.my/.../8556-faedah-untuk-oku-berdaftar-den..


https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/login_new.php


www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id...


www.utusan.com.my/utusan/Rencana/.../re_06/


orangkelainanupaya.weebly.com/kategori-oku.html

Monday 3 October 2016

KESIMPULAN






  •        Demikianlah, Kerajaan ini tanpa jemu-jemu dan putus-putus ingin membuat kebaikan dan kebajikan kepada sekelian rakyat. Sejak dulu, kesemuanya tidak terbina dengan mudah atau dalam sekelip mata. Ianya menuntut kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa. Satu kaedah dalam pembanguna komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga masyarakat sendiri dimana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.



TOKOH-TOKOH OKU







Patrick Henry Hughes



Patrick Henry Hughes

Pemuzik yang boleh memainkan pelbagai alat muzik ini dilahirkan buta dan lumpuh sebahagian badan pada 10 Mac 1988.

Seorang pesakit anophthalmia yang sentiasa disokong oleh bapanya yang memperkenalkan Patrick Henry Hughes kepada piano pada usia seawal 9 bulan.

Pada 2006, Hughes menjadi tumpuan media apabila dia memainkan trompet dalamLouisville Marching Band semasa dia menjadi pelajar di Universiti of Louisville dimana bapanya telah membantu menolaknya diatas kerusi roda.

                                                      Apabila bakat luarbiasanya didedahkan, beliau sering dijemput                                                               untuk membuat persembahan diseluruh negara.








TOKOH-TOKOH OKU




Sudha Chandran



Sudha Chandran

Seorang wanita yang penuh azam, seorang penari Bharatanatyam yang sangat dipuja di benua kecil India, dan pemegang ijazah sarjana dalam Ekonomi.

Pada 1981, kaki kanan Sudha Chandran dipotong selepas mengalami Gangren. Tapi itu tidak membuatkan azamnya pudar.

Dia mendapatkan kaki palsu dan selepas 2 tahun, dia kembali kedalam kerjayanya dan mendapat tepukan gemuruh di seluruh dunia.

Selain kemahiran tariannya itu, dia juga dikenali kerana persembahan                                                    mengagumkan dalam filem-filem dan siri televisyen india.





Nick Vujicic



Nick Vujicic

Nick mengalami penyakit yang jarang ditemui, sindrom Tetra-amelia, yang dicirikan sebagai ketiadaan kesemua empat anggota.

Nick Vujicic dilahirkan di dalam keluarga Serbia pada 4 Disembar 1982 di Australia. Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau berusaha mengatasi mentaliti teruk masyarakat dan pada usia 17 tahun, Nick Vujicic menubuhkan sebuah NGO “Life Without Limbs”.

Selepas menamatkan pengajian dalam Perancangan Perakaunan dan Kewangan, Nick Vujicic memulakan perjalanannya sebagai penceramah motivasi subjek berkisar dengan makna kehidupan, harapan dan kurang upaya.

PERANAN MASYARAKAT





Peranan individu



           Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan OKU semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang bantuan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa ‘berat  mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini.






PERANAN MASYARAKAT



Pihak swasta



           Pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani                 kehidupan yang lebih baik.  Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak  menganggap OKU sebagai beban. Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli- belah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas  dan tempat letak kenderaan amat dihargai. 


Pihak media


           Pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi  OKU. Setiap maklumat  mestilah  disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa  kepada orang ramai. Kempen   Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan  melalui saluran media massa.