KATEGORI OKU
- Kurang Upaya Pendengaran
Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu :
Minimum 15 - < 30 dB (Kanak-Kanak)
20 - < 30 dB (Dewasa)
Sederhana 30 - < 60 dB
Teruk (severe) 60 - < 90 dB
Sangat teruk (profound) > 90 dB
- Kurang Upaya Penglihatan
Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. Terdapat dua tahap kurang upaya penglihatan seperti berikut :-
Terhad - Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medanpenglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation.
Buta-Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medanpenglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation
No comments:
Post a Comment